Sunday, December 23, 2012

HARAPAN PERPADUAN UMMAH

"Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara(Surah Al-Hujurat: 10) Artikel ini ini ditulis bukan atas dasar politik kenegaraan, namun atas dasar kasih sayang sesama Islam seperti ayat Allah s.w.t diatas. Hari ini negara kita mengalami terlalu banyak kecamukan dalam negara hingga membuka ruang seluasnya untuk orang lain mengambil kesempatan dan meminta perbagai tuntutan warisan diatas keruntuhan ukuwah Islam antara kita. Semua ini hanya menjadikan kita lemah disamping menguatkan kuasa orang lain dan memungkinkan kita akan dijajah diatas kesombongan politik yang melampau hingga meletakkan logikal politk kita mengatasi hukum Allah . Benar seperti firman Allah s.w.t  yang bermaksud "Dan janganlah kamu bersengketa, maka kamu akan gagal (lemah) dan hilang kehebatan kamu " (Surah Al-Anfal: 46).
 Mungkin kita perlu merujuk fakta sejarah yang lebih lampau berbanding sejarah persengketaan pas dan umno yang dicanangkan pada 1975. Perang Jamal umpamanya telah menggambarkan segalanya. Betapa menyesalnya Saidina Ali Bin Abi Talib bila melihat Talhah bin Ubaidah terbunuh ketika itu. Sehingga Saidina Ali bin Abi Talib r.a. yang berada di pihak yang bertentangan dengan Talhah melihat jenazah Talhah yang terkorban berkata: Semoga Allah merahmatimu wahai Abu Muhammad (Talhah)! Amat berat perasaanku melihat engkau diserang di bawah bintang langit. Kepada Allah aku mengadu kelemahan dan dukacitaku. Demi Allah! Aku lebih suka sekiranya aku meninggal sejak dua puluh tahun yang lalu. (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/257). 
Namun penyesalan ketika itu tidak lagi dapat mengubah catatan sejarah. Kita sepatutnya mengambil iktibar daripada sejarah ini. Para sahabat sebenarnya tidak bersalah namun tertipu dengan perancangan rapi pengkhianat Abdullah bin Saba yang mengadakan serangan mengejut lantas menjerumuskan tentera Ali dan Aisyah ke kancah pertempuran sesama Islam. Jangan lagi kita mengulangi perang saudara Islam yang hanya merugikan kita. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat (Surah al-Hujurat: ayat 10). Namun anehnya, bila proses perdamaian berlaku. Ada sahaja golongan yang menentangkan suruhan Allah seperti ayat diatas seolah-olah ingin mengulangi sejarah perang Jamal dan kisah pengkhinatan Abdullah Bin Saba. Adakah kita masih lagi angkuh dengan meletakkan ideologi politik kita mengatasi kemaslahatan umat Islam. Sahabat seislamku, terlalu banyak suruhan Nabi Muhammad untuk kita bersatu. Nabi s.a.w menyebut: Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabah: Bahkan. Sabda baginda: Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama) (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Dan nabi kita melarang kita berkeras hati dan berterusan dalam perbalahan Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Firman Allah s.w.t: (maksudnya) ..kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (RasulNya (al-Sunnah)  jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah al-Nisa: ayat 59). Jelas semua persengketaan kita perlu dirujuk pada Quran dan Al-Hadist dan bukan pada pengalaman politik kita semata-mata.
 Manusia adalah makluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t untuk berfikir berpandukan Quran dan Hadist. Justeru itu, amat tidak pantas bagi kita membelakangkan dalil sahih yang ada dan berhujah dengan pengalaman politik kita semata-mata. Mungkin sejarah perang Jamal terlalu lama untuk dirungkaikan hingga menimbulkan keraguan kepada mereka yang ketandusan ilmu sejarah Islam. Baik kita rujuk sejarah yang tak sampai satu dekad meninggalkan kita. Perang Iraq, pasti ramai yang mengetahuinya. Semuanya bermula bila ada rakyat Iraq sendiri yang belot kononya dizalimi dan ditindas oleh Saddam Hussin. Terus mereka berpakat dengan kafir Amerika untuk menjatuhkan Saddam Hussin, seorang pemimpin yang beragama Islam kepada sebuah negara Islam. Akhirnya apa yang rakyat Iraq dapat hari ini??? Hujan peluru hidup, dentuman bom yang mencacatkan anak kecil, anak gadis dan isteri mereka diperkosa, kemiskinan, jenayah berluasa dan apa yang tidak ada selain kesengsaraan dan tangisan kelaparan sahaja.
 Orang-orang beriman tidak akan mengambil orang kafir sebagai pemimpin mereka dengan mengetepikan orang beriman. Barangsiapa yang melakukan perkara tersebut, maka Allah tidak akan merestuinya. (Surah Al-Imran:28) Hari ini kita bergabung  dengan bukan Islam untuk menjatuhkan kerajaan yang kononya sangat-sangat zalim. Persoalanya, Adakah kezaliman pemimpin kita sezalim Saddam Hussin yang telah membunuh ribuan puak Kurdish dengan senjata kimia?. Kita hari ini berbangga bersatu dengan pemimpin bukan Islam yang kononya lebih adil. Sedangkan meja perdamaian untuk  Persaudaraan Islam dinafikan?. Namun alhamdullillah, Allah s.w.t masih sayangkan kita. Nasaruddin ke-2 @ Ustaz Nasaruddin Tantawi telah dibukakan hatinya oleh Allah untuk menghulurkan bunga-bunga perpaduan kepada Datuk Razali Ibrahim. Sama-sama kita doakan. Moga-moga bunga-bunga perpaduan ini akan menghasilkan pokok perpaduan yang utuh bertunjangkan kasih sayang sesama Islam. 
Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah Al-Hujurat:9) 

Di petik dari nukilan wacana pemuda pas..........

Tuesday, August 5, 2008

harta pusaka jadi rebutan

Salam sejahtera..

Kita sebenarnya telah sering mendengar dan didedahkan dengan berbagai isu berkaitan dengan harta pusaka.Dan yang paling menyedihkan isu ini hampir kesemuanya melibatkan harta pusaka milik melayu Islam. Keadaan ini seolah-olah memberikan satu gambaran bahawa harta orang islam ini terlalu sukar untuk diurus, atau Islam tiada apa-apa makanisma yang tertentu yang memastikan harta pusaka dapat diurus dan dibahagikan mengikut syara'. Sedangkan kita semua maklum berkaitan tentang ada nya faraid yang secara jelas menjadi satu kaedah dan panduan terbaik dalam pembahagian harta pusaka orang Islam. Pagi ni saya sempat bersarapan dengan seorang teman lama yang bercerita tentang masalah pusaka isterinya yang masih belum selesai sejak dari tahun 1999. Teman ini memberi tahu bahawa bapa mertua beliau ada meningalkan tanah seluas 4 ekar debeberapa lokasi di kampung isterinya.Melihat dari segi jumlah harta ianya tidak lah banyak mana pun. tetapi mengapa masih belum selesai? Apa yang payah sangat hingga harta yang sedikit pun tak dapat diselesaikan.Lalu beliau menjelaskan kes ini jadi tertangguh kerana salah seorang dari adik lelaki tidak bersetuju dengan pembahagian dan mengambil keputusan untuk tidak berkerjasama dalam proses pengurusan pusaka. maka tertangguhlah hingga kini proses pusaka bapa mertua beliau.
Sebenarnya ini bukanlah kes pertama yang melibatkan tiada kejasama waris dalam urusan pentadbiran pusaka. Boleh dikatakan kebanyakan kes-kes ini berlaku kerana masaalah waris yang sering mempertikaikan bahagian-bahagian serta hak-hak pada harta tersebut serta perebutan untuk menjadi pentadbir pada harta pusaka.Biarpun didada-dada akhbar sering di paparkan dengan insiden dan permasalahan perebutan pusaka hingga ada yang sampai tahap berbunuh-bunuhan.Namun ianya tidak langsung menjadi pengajaran kepada kita dan langsung tidak memberikan apaapa kesedaran dan makna untuk kita berfikir apakah sebenarnya yang menyebabkan insiden ini berlaku.Yang pastinya kita sendiri tidak mahu mengubah cara kita berfikir tentang pengurusan pusaka.Kita masih lagi beranggapan mati nanti pandai-pandailah lah anak-anak aku bagi-bagi harta pusaka dan akibatnya, perbalahan dan persengketaan pula yang tercetus hingga hubungan persaudaraan pun terputus.
Kita memang sering tidak mahu mengambil pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang berlaku dan mengangangap itu bukan aku.Sikap ini yang menghalang kita untuk berubah dan mengubah pesepsi berkaitan harta pusaka yang sebenarnya boleh dirancang melalui kaedah perwarisan yang betul tampa menidakkan hukum faraid yang telah ditetapkan oleh syarak.
Bersambung....